Program Ulul Albab Idris_bin_Jusoh

Ketika beliau menjadi Menteri Besar Terengganu dari 2004- Mac 2008, beliau memperkenalkan slogan Terengganu Bumi Ulul Albab.[6] Kemudian di daerah beliau juga, diperkenal Besut Bumi Ulul Albab sehingga kini.

Ciri-ciri Ulul Albab

Perbincangan mengenai Ulul al Bab dan definisinya tidak terhad kepada penyenaraian ayat - ayat suci Al Qur’an. Walaupun terdapat sifat - sifat umum yang disebut dalam Al Qur’an yang melayakkan seseorang itu diberi gelaran Ulul al Bab, cabaran yang lebih besar ialah menyenaraikan ciri - ciri yang lebih khusus.

Dato Seri Idris Jusoh telah mengambil inisiatif menyenaraikan 3 ciri golongan Ulul al Bab ini sebagai mereka yang:[7]

  • Qur’anik
  • Ensiklopedik
  • Ijtihadik

CIRI 1 : Qur’anik diertikan sebagai mereka yang bukan sahaja khatam hafazan (menghafal 30 Juzuk Al-Quran), tetapi juga mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang ilmu Al Qur’an seperti ketertiban bacaan, lagu dan mengamalkan ajaran Al Qur’an itu sendiri.

CIRI 2 : Ensiklopedik dimaksudkan dengan keupayaan untuk menguasai pelbagai cabang ilmu (multi - discipline) dan pelbagai bahasa (multi lingual).

CIRI 3 : Ijtihadik Memberi erti bahawa seseorang itu haruslah mempunyai keupayaan untuk memberikan pandangan dalam menyelesaikan masalah umat. Haruslah memiliki sifat-sifat kreatif dan inovatif, pemikiran strategik, pemikiran lateral dan sebagainya.[8]

Beberapa negeri di Malaysia telah menggunakan konsep Ulul Albab ini seperti di Melaka, Pulau Pinang, dan Kedah. Dato' Mukhriz Mahathir, kini Menteri Besar Kedah mengakui konsep ini berjaya dan beliau sendiri praktikkan di Kedah (Parlimen Jerlun) dan keputusan akademik pelajar di sana meningkat.[9]

Rujukan

WikiPedia: Idris_bin_Jusoh http://agendadaily.com/EKSKLUSIF-BERSAMA/perjalana... http://www.bernama.com/bernama/v3/news_lite.php?id... http://auraidris.blogspot.com/ http://www.malaysiakini.com/news/80341 http://www.staripoh.com/v2/viewpage.php?page_id=8 http://terengganutoday.com/politik/giant-killer-se... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PRKKual... http://www.silveromedia.com.my/idrisjusoh/?page_id... http://www.silveromedia.com.my/idrisjusoh/?page_id... http://www.sinarharian.com.my/bekas-pelajar-sk-pus...